Monday, 5 October 2015

ABOUT



Selamat datang ke blog IPT STUDENT'S FOOD, Blog di mana terhimpun pelbagai resipi yang telah dicuba, dihimpunkan untuk menjadi rujukan kepada semua golongan .


Hai!!!Anda boleh mengenali kami sebagai ADMIN


Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya , blog ini dapat direalisasikan . Impian untuk merealisasikan blog berkaitan resipi makanan kehidupan orang yang bujang ataupun yang berkeluarga . Sebenarnya idea untuk merealisasikan blog ini muncul apabila kami melihat kehidupan student yang tidak dapat menjaga makan minum dan disebabkan minat dalam dunia masakan, hiasan dalaman serta photografi .


Selain itu , kami berusaha menghimpunkan segala resipi dari semua sumber , resipi yang sedap pada selera   kami , resipi daripada koleksi rakan-rakan seperjuangan dan juga dari buku-buku masakan . Ini bertujuan unutuk memberikan kemudahan kepada semua golongan khas nya student sebagai rujukan . Mudah mudahan usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua dan yang lebih penting lagi kita sama-sama beroleh keberkatan darpada ilmu Allah . 


Memandangkan kami masih baru lagi dalam bloging, masih ada banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi . Kami dengan penuh rasa rendah hati mengalua-alukan sumbangan idea , komen , teguran dan apa sahaja mungkin yang baik untuk memperbaiki lagi mutu dan kualiti blog ini .



Akhir sekali ,kami memohon kehadrat Allah s.w.t semoga usaha kecil ini  di terima olehNya sebagai amal jariah dan mendapat keredaan  di dunia dan akhirat kelak 


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud 
:

Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada orang deangan harta bendamu , tetapi kamu dapat memberikan mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik .(Riwayat Abu Ya'la)